Langkau ke kandungan utama

Jumlah penganggur di Malaysia menurun

Jumlah penganggur di Malaysia menurun

جومله ڤڠڠڬور د مليسيا منورون

Alor Gajah: Kadar pengangguran negara terus menunjukkan trend penurunan apabila mencatat 3.5 peratus pada suku pertama 2023 berbanding 3.6 peratus pada suku tahun keempat 2022.

الور ڬاجه: قدر ڤڠڠڬورن نڬارا تروس منونجوقكن ترند ڤنورونن اڤابيلا منچاتت 3.5 ڤراتوس ڤد سوكو ڤرتام 2023 بربنديڠ 3.6 ڤراتوس ڤد سوكو تاهون كامڤت 2022.

Menteri Sumber Manusia (KSM) V Sivakumar berkata, ia berikutan berlakunya perubahan dalam trend pencarian kerja yang ketara terutama membabitkan golongan muda sejak kebelakangan ini.

منتري سومبر مأنسي ﴿ك سم﴾ ۏ سيۏاكومر بركات، اي برايكوتن برلاكوڽ ڤروبهن دالم ترند ڤنچرين كرجا يڠ كتارا تراوتما ممبابيتكن ڬولوڠن مودا سجق كبلاكڠن اين.

Menurutnya, dalam masa sama, pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi membantu golongan pencari kerja berumur 40 tahun ke atas.

منوروتڽ، دالم ماس سام، ڤلباڬاي اينسياتيف دلقسانكن كراجأن باڬي ممبنتو ڬولوڠن ڤنچري كرجا برومور 40 تاهون ك اتس.

"Memang ada trend perubahan dalam pencarian terutama selepas Covid-19 kerana ramai yang dihentikan kerja dan selepas itu, mereka mencari pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kemahiran mereka. Jadi ada perubahan trend di situ," katanya selepas merasmikan program Jelajah MADANI Bersama Menteri Sumber Manusia di Pulau Sebang di sini, tadi.

"ميمڠ اد ترند ڤروبهن دالم ڤنچرين تراوتما سلڤس چوۏيد-19 كران راماي يڠ دهنتيكن كرجا دان سلڤس ايت، مريك منچاري ڤكرجأن يڠ سسواي دڠن مينت دان كماهيرن مريك. جادي اد ڤروبهن ترند د سيتو،" كاتڽ سلڤس مراسميكن ڤروڬرام جلجه مادني برسام منتري سومبر مأنسي د ڤولاو سباڠ د سيني، تادي.

Dalam pada itu katanya, data daripada Portal MYFutureJobs menunjukkan sebanyak 455,350 pencari kerja di seluruh negara berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor dari tempoh 2022 hingga September 2023.

دالم ڤد ايت كاتڽ، داتا درڤد ڤورتل مايفوتوريجوبس منونجوقكن سباڽق 455،350 ڤنچري كرجا د سلوروه نڬارا برجاي دتمڤتكن دالم ڤلباڬاي سيكتور دري تيمڤوه 2022 هيڠڬ سيڤتيمبر 2023.

"Ini adalah petunjuk yang baik bahawa lebih ramai orang mula bekerja dan kadar pengangguran semakin berkurangan dan dalam masa yang sama, mereka mendapat upah atau gaji yang setimpal," katanya.

"اين اداله ڤتونجوق يڠ باءيق بهاوا لبيه راماي اورڠ مولا بكرجا دان قدر ڤڠڠڬورن سماكين بركورڠن دان دالم ماس يڠ سام، مريك منداڤت اوڤه اتاو ڬاجي يڠ ستيمڤل،" كاتڽ.

Mengulas lanjut beliau berkata KSM dengan agensi lain termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melakukan lebih banyak usaha untuk memastikan kadar pengangguran dalam kalangan anak muda dikurangkan.

مڠولس لنجوت بلياو بركات ك سم دڠن اڬينسي لاين ترماسوق ڤرتوبوهن كسلامتن سوسيال ﴿ڤركسو﴾ اكن ملاكوكن لبيه باڽق اوسها اونتوق ممستيكن قدر ڤڠڠڬورن دالم كالڠن انق مودا دكورڠكن.

Katanya, program yang dirangka bukan saja untuk mengurangkan kadar pengangguran malahan memastikan belia negara mempunyai latihan dan kemahiran mencukupi agar mereka bersedia memasuki pasaran pekerjaan yang sangat kompetitif. 

كاتڽ، ڤروڬرام يڠ دراڠك بوكن ساج اونتوق مڠورڠكن قدر ڤڠڠڬورن مالهن ممستيكن بليا نڬارا ممڤوڽاءي لاتيهن دان كماهيرن منچوكوڤي اڬر مريك برسديا مماسوقكي ڤاسرن ڤكرجأن يڠ ساڠت كومڤتيتيف.


Sumber: Jumlah penganggur di Malaysia menurun

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Presiden Volodymyr Zelensky

  Kenali Presiden Volodymyr Zelensky كنالي ڤريسيدن ۏولوديماير زيلينسكاي KYIV: Sehingga pemilihan mengejutnya pada 2019, Volodymyr Zelensky memainkan watak sebagai presiden di televisyen. قييۏ: سهيڠڬ ڤميليهن مڠجوتڽ ڤد 2019، ۏولوديماير زيلينسكاي مماءينكن واتق سباڬاي ڤريسيدن د تيليۏيشين.

Kreatif didik kanak-kanak dedahkan mengenai pembentukan Malaysia

Kreatif didik kanak-kanak dedahkan mengenai pembentukan Malaysia كرياتيف ديديق كانق-كانق ددهكن مڠناءي ڤمبنتوقن مليسيا KEPALA BATAS: Pusat pendidikan awal kanak-kanak turut berperanan penting dalam menerapkan penghayatan Hari Malaysia khususnya perasaan menghargai perbezaan dan keunikan tersendiri setiap negeri di negara ini. كڤالا باتس: ڤوست ڤنديديقن اول كانق-كانق توروت برڤرانن ڤنتيڠ دالم منراڤكن ڤڠحياتن هاري مليسيا خصوصڽ ڤراسان مڠهرڬاي ڤربيذأن دان كاونيكن ترسنديري ستياڤ نڬري د نڬارا اين.

FamilyMart henti jual minuman alkohol sejak Mac

FamilyMart henti jual minuman alkohol sejak Mac فاميليمرت هنتي جوال مينومن الكحول سجق مچ SHAH ALAM – FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 kedainya bagi memberikan keyakinan tambahan kepada para pelanggannya. شه عالم – فاميليمرت مليسيا تله مڠهنتيكن ڤنجوالن مينومن الكحول د سموا 360 كدايڽ باڬي ممبريكن كيقينن تمبهن كڤد ڤارا ڤلڠڬنڽ.