Langkau ke kandungan utama

FamilyMart henti jual minuman alkohol sejak Mac


FamilyMart henti jual minuman alkohol sejak Mac

فاميليمرت هنتي جوال مينومن الكحول سجق مچ

SHAH ALAM – FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 kedainya bagi memberikan keyakinan tambahan kepada para pelanggannya.

شه عالم – فاميليمرت مليسيا تله مڠهنتيكن ڤنجوالن مينومن الكحول د سموا 360 كدايڽ باڬي ممبريكن كيقينن تمبهن كڤد ڤارا ڤلڠڬنڽ.

Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd Chia Lik Khai berkata usaha berkenaan dilaksanakan sejak Mac lepas dalam memastikan pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was di premis mereka.

ڤڠاره اوروسن قل مكسينچومي سنديريان برحد چيا ليك خي بركات اوسها بركنأن دلقسانكن سجق مچ لڤس دالم ممستيكن ڤلڠڬن بربلنجا دان منجامو سليرا تنڤا وس-وس د ڤريميس مريك.

“Minuman alkohol adalah penyumbang kecil dalam perniagaan kami setakat ini. Jadi, kami menjangkakan kesannya adalah amat minimum dan kami menumpukan perbelanjaan kepada makanan dan minuman untuk menampung jualan,” katanya.

“مينومن الكحول اداله ڤڽومبڠ كچيل دالم ڤرنياڬان كامي ستاكت اين. جادي، كامي منجڠككن كسنڽ اداله امت مينيموم دان كامي مينومڤوكن ڤربلنجأن كڤد ماكنن دان مينومن اونتوق منمڤوڠ جوالن،“ كاتڽ.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengumuman produk FamilyMart Malaysia iaitu FamiCafé di Menara U, di sini yang mendapat pensijilan halal pertama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menjadikan kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia menerima pengiktirafan itu. Chia berkata konsep yang disahkan halal ini menyajikan minuman dan makanan yang sedia untuk dimakan termasuk oden, snek panas seperti chiki katsu rangup dan sosej (corndog), serta sofuto.

بلياو بركات دمكين سلڤس مجليس ڤڠعمومن ڤرودوق فاميليمرت مليسيا ايايت فاميچفé د منارا او، د سيني يڠ منداڤت ڤينسيجيلن حلال ڤرتام اوليه جابتن كماجوان اسلام مليسيا ﴿جاكيم﴾، منجاديكن كافي كداي سربانك ڤرتام د مليسيا منريما ڤڠيعترافن ايت. چيا بركات كونسيڤ يڠ دصحكن حلال اين مڽاجيكن مينومن دان ماكنن يڠ سديا اونتوق دماكن ترماسوق اودن، سنيق ڤانس سڤرتي چيكي كتسو راڠوڤ دان سوسيج ﴿چورندوڬ﴾، سرتا سوفوتو.

Katanya sehingga kini terdapat 16 FamiCafé di Malaysia, dengan sasaran untuk membuka 50 FamiCafé menjelang akhir tahun ini selain menyasarkan status halal untuk 300 FamiCafé menjelang 2025.

كاتڽ سهيڠڬ كيني ترداڤت 16 فاميچفé د مليسيا، دڠن ساسرن اونتوق ممبوك 50 فاميچفé منجلڠ اخير تاهون اين سلاين مڽاسركن ستاتوس حلال اونتوق 300 فاميچفé منجلڠ 2025.

Selari dengan usaha berterusan dalam memastikan para pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was, Chia berkata FamilyMart akan menjalani audit halal secara berperingkat mengikut panduan Jakim dan prosesnya telah bermula di dua kedai lain yang terletak di sekitar Lembah Klang. Selain itu katanya pusat penyediaan makanan FamilyMart Malaysia yang dikendalikan oleh QL Kitchen telah diiktiraf halal oleh Jakim sejak 2019 dan setakat 30 April lepas, 172 produk makanan jenama FamilyMart didaftarkan halal di portal halal rasmi Jakim.

سلاري دڠن اوسها برتروسن دالم ممستيكن ڤارا ڤلڠڬن بربلنجا دان منجامو سليرا تنڤا وس-وس، چيا بركات فاميليمرت اكن منجالني اءوديت حلال سچارا برڤريڠكت مڠيكوت ڤندوان جاكيم دان ڤروسيسڽ تله برمولا د دوا كداي لاين يڠ ترلتق د سكيتر لمبه كلاڠ. سلاين ايت كاتڽ ڤوست ڤڽديان ماكنن فاميليمرت مليسيا يڠ دكنداليكن اوليه قل كيتچين تله داعتراف حلال اوليه جاكيم سجق 2019 دان ستاكت 30 اڤريل لڤس، 172 ڤرودوق ماكنن جنام فاميليمرت ددفتركن حلال د ڤورتل حلال راسمي جاكيم.

Dalam  pada Chia berkata, FamilyMart kini sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk memenuhi permintaan pelanggan di pantai timur Semenanjung dan menyasarkan 20 cawangan akan dibuka menjelang akhir 2023 di kawasan itu dengan beberapa cawangan sudah dibuka di Kuantan, Pahang.

دالم ڤد چيا بركات، فاميليمرت كيني سداڠ مڠنل ڤستي لوكاسي برسسواين اونتوق ممنوهي ڤرمينتأن ڤلڠڬن د ڤنتاي تيمور سمننجوڠ دان مڽاسركن 20 چاوڠن اكن دبوك منجلڠ اخير 2023 د كاوسن ايت دڠن ببراڤ چاوڠن سوده دبوك د كوانتن، ڤهڠ.

Dalam pada itu, bagi berterusan menambah keselesaan pelanggan, FamiCafé FamilyMart di Menara U kini mempunyai kios layan diri yang membolehkan pelanggan memesan produk menggunakan servis e-dompet atau kad kredit kegemaran masing-masing dengan kios layan diri akan diperkenal di FamiCafé yang lain secara beransur-ansur.

دالم ڤد ايت، باڬي برتروسن منمبه كسلسأن ڤلڠڬن، فاميچفé فاميليمرت د منارا او كيني ممڤوڽاءي كياوس لاين ديري يڠ ممبوليهكن ڤلڠڬن ممسن ڤرودوق مڠڬوناكن سرۏيس اي-دومڤيت اتاو كاد كريديت كڬماران ماسيڠ-ماسيڠ دڠن كياوس لاين ديري اكن دڤركنل د فاميچفé يڠ لاين سچارا برنسور-انسور.

QL Maxincome Sdn Bhd merupakan pemegang francais kafe kedai serbaneka FamilyMart Malaysia.

قل مكسينچومي سنديريان برحد مروڤاكن ڤمڬڠ فرنچايس كافي كداي سربانك فاميليمرت مليسيا.


Sumber: FAMILYMART HENTI JUAL MINUMAN ALKOHOL SEJAK MAC

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Presiden Volodymyr Zelensky

  Kenali Presiden Volodymyr Zelensky كنالي ڤريسيدن ۏولوديماير زيلينسكاي KYIV: Sehingga pemilihan mengejutnya pada 2019, Volodymyr Zelensky memainkan watak sebagai presiden di televisyen. قييۏ: سهيڠڬ ڤميليهن مڠجوتڽ ڤد 2019، ۏولوديماير زيلينسكاي مماءينكن واتق سباڬاي ڤريسيدن د تيليۏيشين.

Kreatif didik kanak-kanak dedahkan mengenai pembentukan Malaysia

Kreatif didik kanak-kanak dedahkan mengenai pembentukan Malaysia كرياتيف ديديق كانق-كانق ددهكن مڠناءي ڤمبنتوقن مليسيا KEPALA BATAS: Pusat pendidikan awal kanak-kanak turut berperanan penting dalam menerapkan penghayatan Hari Malaysia khususnya perasaan menghargai perbezaan dan keunikan tersendiri setiap negeri di negara ini. كڤالا باتس: ڤوست ڤنديديقن اول كانق-كانق توروت برڤرانن ڤنتيڠ دالم منراڤكن ڤڠحياتن هاري مليسيا خصوصڽ ڤراسان مڠهرڬاي ڤربيذأن دان كاونيكن ترسنديري ستياڤ نڬري د نڬارا اين.