Langkau ke kandungan utama

Siti kembali dengan lagu Lip Lap Raya


Siti kembali dengan lagu Lip Lap Raya

سيتي كمبالي دڠن لاڬو ليڤ لڤ راي

KUALA LUMPUR: Selepas hampir enam tahun tidak merakamkan single bertemakan Aidilfitri dengan bingkisan terakhir Hari Kemenangan, Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul dengan lagu 'catchy', Lip Lap Raya.

كوالا لومڤور: سلڤس همڤير انم تاهون تيدق مراكامكن سيڠلي برتيماكن عيدالفطري دڠن بيڠكيسن تراخير هاري كمناڠن، داتوق سري سيتي نورهاليز مونچول دڠن لاڬو ءچتچهيء، ليڤ لڤ راي.

Single terbaru ini berkisar kemeriahan sambutan Aidilfitri selepas dua tahun umat Islam di Malaysia meraikan hari kemenangan dalam norma baharu akibat pandemik COVID-19.

سيڠلي تربارو اين بركيسر كمريهان سمبوتن عيدالفطري سلڤس دوا تاهون اومت اسلام د مليسيا مرءيقان هاري كمناڠن دالم نورما بهارو عقيبة ڤندميق چوۏيد-19.

Lip Lap Raya mendapat sentuhan Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan. Istimewanya lagu itu menggabungkan rentak inang, canggung dan diselitkan elemen dikir barat.

ليڤ لڤ راي منداڤت سنتوهن اجي اماي، ڬلوو رش، كريم كارم دان ميكي چن. ايستيميواڽ لاڬو ايت مڠڬابوڠكن رنتق عناڠ، چڠڬوڠ دان دسليتكن ايليمن دكير بارت.

Penerbitnya, Glow Rush, berkata keistimewaan lagu Lip Lap Raya adalah pada gabungan elemen tradisional dan moden seperti penggunaan drama elektronik, synthesizer yang digabungkan bersama kemantapan vokal Siti.

ڤنربيتڽ، ڬلوو رش، بركات كايستيميوأن لاڬو ليڤ لڤ راي اداله ڤد ڬابوڠن ايليمن تراديسيونال دان مودن سڤرتي ڤڠڬوناان دراما ايليكترونيك، شنتيهسيزير يڠ دڬابوڠكن برسام كمانتڤن ۏوكل سيتي.

Mengulas mengenai buah tangan baharu itu, Siti menyifatkan Lip Lap Raya sebagai lagu yang dapat menarik minat peminat selepas mendengarnya buat kali pertama.

مڠولس مڠناءي بواه تاڠن بهارو ايت، سيتي مڽيفتكن ليڤ لڤ راي سباڬاي لاڬو يڠ داڤت مناريق مينت ڤمينت سلڤس مندڠرڽ بوات كالي ڤرتام.

"Lazimnya, lagu baharu mengambil masa untuk diterima atau digemari. Namun, muzik yang ditampilkan dalam Lip Lap Raya mudah melekat di hati pendengar.

"لازيمڽ، لاڬو بهارو مڠمبيل ماس اونتوق دتريما اتاو ديڬماري. نامون، موزيك يڠ دتمڤيلكن دالم ليڤ لڤ راي موده ملكت د هاتي ڤندڠر.

"Saya gembira dapat merakamkan lagu Lip Lap Raya kerana secara tidak langsung menambah koleksi lagu raya saya.

"ساي ڬمبيرا داڤت مراكامكن لاڬو ليڤ لڤ راي كران سچارا تيدق لڠسوڠ منمبه كوليكسي لاڬو راي ساي.

"Saya sangat berharap Lip Lap Raya menjadi lagu malar segar suatu hari nanti," katanya yang turut menyiapkan video muzik Lip Lap Raya yang diarahkan Aaron Lee.

"ساي ساڠت برهارڤ ليڤ لڤ راي منجادي لاڬو مالر سڬر سواتو هاري ننتي،" كاتڽ يڠ توروت مڽياڤكن ۏيدياو موزيك ليڤ لڤ راي يڠ دأرهكن اارون لي.

Lip Lap Raya diterbitkan Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia sebagai penerbit bersama.

ليڤ لڤ راي دتربيتكن سيتي نورهاليز ڤرودوچشن ﴿م﴾ سنديريان برحد دان اونيۏرسل موسيچ مليسيا سباڬاي ڤنربيت برسام.

Video muzik Lip Lap Raya boleh ditonton di saluran YouTube Siti Nurhaliza mulai jam 9 malam tadi, manakala lagu Lip Lap Raya boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer.

ۏيدياو موزيك ليڤ لڤ راي بوليه دتونتون د سالورن يوتوبي سيتي نورهاليز مولاي جم 9 مالم تادي، مانكالا لاڬو ليڤ لڤ راي بوليه دداڤتي د ڤلاتفورم ديڬيتل سڤرتي سڤوتيفي، اڤڤلي موسيچ، جواوايك س، ققبوايك س دان دييزير.

Sumber: Siti kembali dengan lagu Lip Lap Raya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TNB rancang perbelanjaan modal RM20 bilion untuk tiga tahun

  TNB rancang perbelanjaan modal RM20 bilion untuk tiga tahun تنب رانچڠ ڤربلنجأن مودال رم20 بيلياون اونتوق تيڬ تاهو ن KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) bercadang untuk melabur sekitar RM20 bilion, dengan kelulusan kerajaan, sebagai perbelanjaan modal (capex) dalam tempoh tiga tahun akan datang, demikian kata Ketua Pegawai Kawalselia dan Pengurusan Pemegang Taruh TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman. كوالا لومڤور: تناڬ ناسيونل برحد ﴿تنب﴾ برچادڠ اونتوق ملابور سكيتر رم20 بيلياون، دڠن كلولوسن كراجأن، سباڬاي ڤربلنجأن مودال ﴿چاڤيايك س﴾ دالم تيمڤوه تيڬ تاهون اكن داتڠ، دمكين كات كتوا ڤڬاواي كاولسليا دان ڤڠوروسن ڤمڬڠ تاروه تنب، داتوق ويرا روسلن اب رحمن.

Kenali Presiden Volodymyr Zelensky

  Kenali Presiden Volodymyr Zelensky كنالي ڤريسيدن ۏولوديماير زيلينسكاي KYIV: Sehingga pemilihan mengejutnya pada 2019, Volodymyr Zelensky memainkan watak sebagai presiden di televisyen. قييۏ: سهيڠڬ ڤميليهن مڠجوتڽ ڤد 2019، ۏولوديماير زيلينسكاي مماءينكن واتق سباڬاي ڤريسيدن د تيليۏيشين.

Noor Nabila sedih anak Melayu tak fasih berbahasa Melayu

  Noor Nabila sedih anak Melayu tak fasih berbahasa Melayu نور نبيلا سديه انق ملايو تق فصيح بربهاس ملايو Noor Nabila mengakui dia berasa sedih melihat ramai pelajar Melayu yang lebih mengutamakan bahasa Inggeris dan gagal menguasai bahasa kebangsaan dengan baik apabila bertutur. نور نبيلا مڠاكوي دي براس سديه مليهت راماي ڤلاجر ملايو يڠ لبيه مڠوتاماكن بهاس ايڠڬريس دان ڬاڬل مڠواساءي بهاس كبڠسأن دڠن باءيق اڤابيلا برتوتور.