Langkau ke kandungan utama

Bank Islam jangka margin pendapatan bersih lebih baik pada suku kedua 2023

Bank Islam jangka margin pendapatan bersih lebih baik pada suku kedua 2023

بڠك اسلام جڠك مرڬين ڤنداڤتن برسيه لبيه باءيق ڤد سوكو كدوا 2023

Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Bhd sedang menangani tekanan pendapatannya secara proaktif, dengan margin pendapatan bersih (NIM) dan pembiayaan rosot nilai kasar (GIF) dijangka bertambah baik pada suku kedua tahun ini.

كوالا لومڤور: بڠك اسلام مليسيا برحد سداڠ مناڠني تكنن ڤنداڤتنڽ سچارا ڤرواكتيف، دڠن مرڬين ڤنداڤتن برسيه ﴿نيم﴾ دان ڤمبيايأن روسوت نيلاي كاسر ﴿ڬيف﴾ دجڠك برتمبه باءيق ڤد سوكو كدوا تاهون اين.

Ketua Pegawai Kewangannya Azizan Abd Aziz berkata, industri perbankan berada dalam tekanan sejak Suku Pertama 2023, justeru, bank itu sedang meneliti struktur pembiayaannya untuk memastikan ia sejajar dengan sasaran pertumbuhannya.

كتوا ڤڬاواي كواڠنڽ عزيزان عبد عزيز بركات، ايندوستري ڤربنكن برادا دالم تكنن سجق سوكو ڤرتام 2023، جوسترو، بڠك ايت سداڠ منليتي ستروكتور ڤمبيايأنڽ اونتوق ممستيكن اي سجاجر دڠن ساسرن ڤرتومبوهنڽ.

Beliau berkata, kedudukan NIM bank itu semakin bertambah baik sambil menambah ramai penganalisis yang optimis dengan prospeknya.

بلياو بركات، كدودوكن نيم بڠك ايت سماكين برتمبه باءيق سمبيل منمبه راماي ڤڠنعليسيس يڠ اوڤتيميس دڠن ڤروسڤيكڽ.

"Itulah sebabnya saya menyebut bahawa selepas membuat penyusunan semula dan juga selepas meneliti semula struktur pembiayaan kami, kami dapat melihat bahawa keadaan NIM kami semakin bertambah baik.

"ايتله سببڽ ساي مڽبوت بهاوا سلڤس ممبوات ڤڽوسونن سمولا دان جوڬ سلڤس منليتي سمولا ستروكتور ڤمبيايأن كامي، كامي داڤت مليهت بهاوا كادأن نيم كامي سماكين برتمبه باءيق.

"Tujuh daripada lapan penganalisis mengatakan bahawa kami akan dapat mengekalkan dan melaporkan NIM yang lebih baik," kata Azizan kepada pemberita semasa taklimat mengenai keputusan Suku Pertama 2023 Bank Islam di sini, hari ini.

"توجوه درڤد لاڤن ڤڠنعليسيس مڠاتكن بهاوا كامي اكن داڤت مڠكلكن دان ملاڤوركن نيم يڠ لبيه باءيق،" كات عزيزان كڤد ڤمبريتا سماس تعليمت مڠناءي كڤوتوسن سوكو ڤرتام 2023 بڠك اسلام د سيني، هاري اين.

Pada Suku Pertama 2023, NIM bank itu berada pada 2.06 peratus dengan prestasi setahun penuh dijangkakan pada 2.2 peratus, manakala nisbah GIF pada 1.37 peratus, lebih baik daripada purata industri sebanyak 1.75 peratus, katanya.

ڤد سوكو ڤرتام 2023، نيم بڠك ايت برادا ڤد 2.06 ڤراتوس دڠن ڤريستاسي ستاهون ڤنوه دجڠككن ڤد 2.2 ڤراتوس، مانكالا نسبه ڬيف ڤد 1.37 ڤراتوس، لبيه باءيق درڤد ڤوراتا ايندوستري سباڽق 1.75 ڤراتوس، كاتڽ.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Muazzam Mohamed berkata, modal bank itu kekal kukuh sekali gus memberikan keupayaan untuk mengagihkan dividen secara konsisten kepada pemegang sahamnya.

سمنتارا ايت، كتوا ڤڬاواي ايكسيكوتيف كومڤولن محمد معظم محمد بركات، مودال بڠك ايت ككال كوكوه سكالي ڬوس ممبريكن كاوڤايان اونتوق مڠاڬيهكن ديۏيدن سچارا كونساستن كڤد ڤمڬڠ ساهمڽ.

"Jadi, dengan modal yang kukuh, yang malahan melebihi purata industri, ini bermakna kami mempunyai keupayaan untuk berkembang dan ia menjadi resipi kami untuk memastikan pembiayaan kami berkembang dua kali ganda daripada industri," katanya.

"جادي، دڠن مودال يڠ كوكوه، يڠ مالهن ملبيهي ڤوراتا ايندوستري، اين برمعنى كامي ممڤوڽاءي كاوڤايان اونتوق بركمبڠ دان اي منجادي ريسيڤي كامي اونتوق ممستيكن ڤمبيايأن كامي بركمبڠ دوا كالي ڬندا درڤد ايندوستري،" كاتڽ.

Pada Suku Pertama 2023, pertumbuhan pembiayaan kasar bank itu meningkat sebanyak 10.7 peratus berbanding purata industri sebanyak 5.0 peratus.

ڤد سوكو ڤرتام 2023، ڤرتومبوهن ڤمبيايأن كاسر بڠك ايت منيڠكت سباڽق 10.7 ڤراتوس بربنديڠ ڤوراتا ايندوستري سباڽق 5.0 ڤراتوس.

Bagi Tahun Kewangan 2023, Bank Islam menyasar mencapai pertumbuhan pembiayaan kasar sebanyak 7.0 - 8.0 peratus dan memastikan GIF kekal di bawah 1.5 peratus.

باڬي تاهون كواڠن 2023، بڠك اسلام مڽاسر منچاڤأي ڤرتومبوهن ڤمبيايأن كاسر سباڽق 7.0 - 8.0 ڤراتوس دان ممستيكن ڬيف ككال د باوه 1.5 ڤراتوس.

Kadar deposit juga dijangka kekal tinggi susulan jangkaan kenaikan 25 mata asas lagi dalam kadar dasar semalaman (OPR) pada tempoh berbaki tahun ini.

قدر ديڤوسيت جوڬ دجڠك ككال تيڠڬي سوسولن جڠكان كناءيقن 25 مات اساس لاڬي دالم قدر داسر سمالمن ﴿اوڤر﴾ ڤد تيمڤوه برباكي تاهون اين.

Suku Pertama Tahun Kewangan 2023 keuntungan bersih Bank Islam meningkat 11.5 peratus kepada RM118.09 juta daripada RM105.92 juta pada suku yang sama tahun lalu.

سوكو ڤرتام تاهون كواڠن 2023 كاونتوڠن برسيه بڠك اسلام منيڠكت 11.5 ڤراتوس كڤد رم118.09 جوت درڤد رم105.92 جوت ڤد سوكو يڠ سام تاهون لالو.

Hasil bagi suku itu melonjak 42.6 peratus tahun ke tahun kepada RM1.10 bilion daripada RM773.97 juta sebelumnya.

حاصيل باڬي سوكو ايت ملونجق 42.6 ڤراتوس تاهون ك تاهون كڤد رم1.10 بيلياون درڤد رم773.97 جوت سبلومڽ.

Pendapatan bersih kumpulan bertambah baik berikutan pendapatan bukan berasaskan dana yang tinggi, melonjak sebanyak 132.4 peratus, dipacu oleh pendapatan pelaburan yang tinggi dan keuntungan bersih daripada urus niaga pertukaran asing.

ڤنداڤتن برسيه كومڤولن برتمبه باءيق برايكوتن ڤنداڤتن بوكن براسسكن دانا يڠ تيڠڬي، ملونجق سباڽق 132.4 ڤراتوس، دڤاچو اوليه ڤنداڤتن ڤلابورن يڠ تيڠڬي دان كاونتوڠن برسيه درڤد اوروس نياڬ ڤرتوكرن اسيڠ.


Sumber: Bank Islam jangka margin pendapatan bersih lebih baik pada suku kedua 2023

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Presiden Volodymyr Zelensky

  Kenali Presiden Volodymyr Zelensky كنالي ڤريسيدن ۏولوديماير زيلينسكاي KYIV: Sehingga pemilihan mengejutnya pada 2019, Volodymyr Zelensky memainkan watak sebagai presiden di televisyen. قييۏ: سهيڠڬ ڤميليهن مڠجوتڽ ڤد 2019، ۏولوديماير زيلينسكاي مماءينكن واتق سباڬاي ڤريسيدن د تيليۏيشين.

Kreatif didik kanak-kanak dedahkan mengenai pembentukan Malaysia

Kreatif didik kanak-kanak dedahkan mengenai pembentukan Malaysia كرياتيف ديديق كانق-كانق ددهكن مڠناءي ڤمبنتوقن مليسيا KEPALA BATAS: Pusat pendidikan awal kanak-kanak turut berperanan penting dalam menerapkan penghayatan Hari Malaysia khususnya perasaan menghargai perbezaan dan keunikan tersendiri setiap negeri di negara ini. كڤالا باتس: ڤوست ڤنديديقن اول كانق-كانق توروت برڤرانن ڤنتيڠ دالم منراڤكن ڤڠحياتن هاري مليسيا خصوصڽ ڤراسان مڠهرڬاي ڤربيذأن دان كاونيكن ترسنديري ستياڤ نڬري د نڬارا اين.

FamilyMart henti jual minuman alkohol sejak Mac

FamilyMart henti jual minuman alkohol sejak Mac فاميليمرت هنتي جوال مينومن الكحول سجق مچ SHAH ALAM – FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 kedainya bagi memberikan keyakinan tambahan kepada para pelanggannya. شه عالم – فاميليمرت مليسيا تله مڠهنتيكن ڤنجوالن مينومن الكحول د سموا 360 كدايڽ باڬي ممبريكن كيقينن تمبهن كڤد ڤارا ڤلڠڬنڽ.