Langkau ke kandungan utama

Perancis waspada amukan Maghribi

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps sedar akan cabaran bakal dihadapi oleh anak-anak buahnya pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 2022, menentang Maghribi yang memberi kejutan demi kejutan kepada semua penggemar bola sepak.

جورولاتيه ڤرانچيس، ديديار ديسچمڤس سدر اكن چابرن باكل دهادڤي اوليه انق-انق بواهڽ ڤد ڤريڠكت سيڤروح اخير ڤيالا دنيا 2022، مننتڠ مغربي يڠ ممبري كجوتن دمي كجوتن كڤد سموا ڤڠڬيمر بولا سيڤق.

Deschamps memberi amaran kepada Les Bleus agar tidak memandang rendah kepada lawan mereka itu.

ديسچمڤس ممبري امران كڤد ليس بلياس اڬر تيدق ممندڠ رنده كڤد لاون مريك ايت.

Katanya, strategi pertahanan skuad bimbingan Walid Regragui terbukti berhasil dan merupakan senjata utama Maghribi kekal berada dalam Piala Dunia 2022 walaupun menghadapi pasukan-pasukan yang kuat.

كاتڽ، ستراتيڬي ڤرتاهنن سكواد بيمبيڠن وليد ريڬراڬوءي تربوقتي برحاصيل دان مروڤاكن سنجات اوتام مغربي ككال برادا دالم ڤيالا دنيا 2022 والاوڤون مڠهادڤي ڤاسوكن-ڤاسوكن يڠ كوات.

“Tidak ramai yang menyangka Maghribi boleh sampai ke tahap ini tetapi mereka sudah berada di sini (separuh akhir) dan ia bukan lagi kejutan.

“تيدق راماي يڠ مڽاڠك مغربي بوليه سمڤأي ك تاهڤ اين تتاڤي مريك سوده برادا د سيني ﴿سيڤروح اخير﴾ دان اي بوكن لاڬي كجوتن.

“Dalam lima perlawanan mereka sebelum ini, hanya satu gol sahaja mereka di bolos. Itu menunjukkan mereka memang layak di sini, itu logiknya,” katanya.

“دالم ليما ڤرلاونن مريك سبلوم اين، هاڽ ساتو ڬول سهاج مريك د بولوس. ايت منونجوقكن مريك ميمڠ لايق د سيني، ايت لوڬيقڽ،“ كاتڽ.

The Atlas Lions menjadi negara Afrika pertama yang layak ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Portugal di suku akhir.

تيه اتلس ليونس منجادي نڬارا افريك ڤرتام يڠ لايق ك ڤوسيڠن سيڤروح اخير سلڤس منوسكن البرتغال د سوكو اخير.

Maghribi kekal menunjukkan prestasi cemerlang pada kejohanan tersebut selepas me­ngalahkan Sepanyol di pusingan 16 akhir dan Belgium dalam pe­ringkat kumpulan.

مغربي ككال منونجوقكن ڤريستاسي چمرلڠ ڤد كجوهانن ترسبوت سلڤس م­ڠالهكن سيڤڽول د ڤوسيڠن 16 اخير دان بلجيوم دالم ڤ­ريڠكت كومڤولن.

Pemain tengah Pe­rancis, Aurelien Tcho­ua­meni turut bersependapat dengan jurulatih­nya apabila me­mberitahu dirinya dan pasukan perlu berusaha keras untuk merobek benteng pertahananan Maghribi kerana itu adalah cabaran besar buat Les Bleus untuk mara ke perlawanan akhir.

ڤماين تڠه ڤ­رنچيس، اءورايليان تچو­اوا­مني توروت برسڤنداڤت دڠن جورولاتيه­ڽ اڤابيلا م­مبريتاهو ديريڽ دان ڤاسوكن ڤرلو بروسها كراس اونتوق مروبيك بينتيڠ ڤرتاهنانن مغربي كران ايت اداله چابرن بسر بوات ليس بلياس اونتوق مارا ك ڤرلاونن اخير.

Malah, penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris yang juga merangkap ketua pasukan Perancis menyeru rakan-rakanya untuk mengerah seluruh kudrat semasa menentang Maghribi.

ماله، ڤنجاڬ ڬول توتتنهم، هوڬو للوريس يڠ جوڬ مرڠكڤ كتوا ڤاسوكن ڤرانچيس مڽرو راكن-راكنيا اونتوق مڠره سلوروه قدرة سماس مننتڠ مغربي.

“Sekarang kami sedang bersiap sedia untuk menentang Maghribi di separuh akhir, kami perlukan seluruh kekuatan, tenaga untuk pertembungan tersebut.

“سكارڠ كامي سداڠ برسياڤ سديا اونتوق مننتڠ مغربي د سيڤروح اخير، كامي ڤرلوكن سلوروه كقواتن، تناڬ اونتوق ڤرتمبوڠن ترسبوت.

“Semua tahu ada sesuatu perkara istimewa perlu kami capai dan semuanya sedar akan perkara ini tetapi kami akan terus tenang,” katanya.

“سموا تاهو اد سسواتو ڤركارا ايستيميوا ڤرلو كامي چاڤاي دان سمواڽ سدر اكن ڤركارا اين تتاڤي كامي اكن تروس تنڠ،“ كاتڽ.


Sumber: Perancis waspada amukan Maghribi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Presiden Volodymyr Zelensky

  Kenali Presiden Volodymyr Zelensky كنالي ڤريسيدن ۏولوديماير زيلينسكاي KYIV: Sehingga pemilihan mengejutnya pada 2019, Volodymyr Zelensky memainkan watak sebagai presiden di televisyen. قييۏ: سهيڠڬ ڤميليهن مڠجوتڽ ڤد 2019، ۏولوديماير زيلينسكاي مماءينكن واتق سباڬاي ڤريسيدن د تيليۏيشين.

Kreatif didik kanak-kanak dedahkan mengenai pembentukan Malaysia

Kreatif didik kanak-kanak dedahkan mengenai pembentukan Malaysia كرياتيف ديديق كانق-كانق ددهكن مڠناءي ڤمبنتوقن مليسيا KEPALA BATAS: Pusat pendidikan awal kanak-kanak turut berperanan penting dalam menerapkan penghayatan Hari Malaysia khususnya perasaan menghargai perbezaan dan keunikan tersendiri setiap negeri di negara ini. كڤالا باتس: ڤوست ڤنديديقن اول كانق-كانق توروت برڤرانن ڤنتيڠ دالم منراڤكن ڤڠحياتن هاري مليسيا خصوصڽ ڤراسان مڠهرڬاي ڤربيذأن دان كاونيكن ترسنديري ستياڤ نڬري د نڬارا اين.

Perubatan tradisional Cina guna prinsip saintifik

Perubatan tradisional Cina guna prinsip saintifik ڤروبتن تراديسيونال چينا ڬونا ڤرينسيڤ ساءينتيفيك PERUBATAN tradisional Cina (TCM) sudah tidak asing di negara ini, namun masih ramai yang kabur tentang rawatan kuno itu. ڤروبتن تراديسيونال چينا ﴿تچم﴾ سوده تيدق اسيڠ د نڬارا اين، نامون ماسيه راماي يڠ كابور تنتڠ راوتن كونو ايت.