Langkau ke kandungan utama

Kenali Presiden Volodymyr Zelensky

 


Kenali Presiden Volodymyr Zelensky

كنالي ڤريسيدن ۏولوديماير زيلينسكاي

KYIV: Sehingga pemilihan mengejutnya pada 2019, Volodymyr Zelensky memainkan watak sebagai presiden di televisyen.

قييۏ: سهيڠڬ ڤميليهن مڠجوتڽ ڤد 2019، ۏولوديماير زيلينسكاي مماءينكن واتق سباڬاي ڤريسيدن د تيليۏيشين.

Hari ini, lelaki berusia 44 tahun itu memimpin Ukraine ketika beliau berdepan pencerobohan Russia, selain ancaman terhadap pemerintahannya dan mungkin nyawanya daripada Presiden Russia, Vladimir Putin.

هاري اين، للاكي بروسيا 44 تاهون ايت مميمڤين أوكرانيا كتيك بلياو بردڤن ڤينچيروبوهن روسسيا، سلاين انچمن ترهادڤ ڤمرينتاهنڽ دان موڠكين ڽاواڽ درڤد ڤريسيدن روسسيا، ۏلاديمير ڤوتين.

Bercakap kepada Ukraine di televisyen pada Khamis, pada penghujung hari pertama pencerobohan, Zelensky berkata beliau mempunyai maklumat dari Russia yang meletakkannya sebagai sasaran nombor satu dan keluarga sebagai nombor dua.

برچاكڤ كڤد أوكرانيا د تيليۏيشين ڤد خميس، ڤد ڤڠهوجوڠ هاري ڤرتام ڤينچيروبوهن، زيلينسكاي بركات بلياو ممڤوڽاءي معلومت دري روسسيا يڠ ملتقكنڽ سباڬاي ساسرن نومبور ساتو دان كلوارڬ سباڬاي نومبور دوا.

Mereka mahu memusnahkan Ukraine secara politik dengan memusnahkan ketua negaranya, kata presiden itu dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

مريك ماهو مموسناهكن أوكرانيا سچارا ڤوليتيك دڠن مموسناهكن كتوا نڬاراڽ، كات ڤريسيدن ايت دالم اوچاڤن يڠ دسياركن د تيليۏيشين.

Kehidupan dan kerjaya Zelensky sesuatu yang biasa, berbanding pemimpin antarabangsa lain dan dia sudah menghadapi siri krisis yang kelihatannya tidak berkesudahan sejak memegang jawatan.

كهيدوڤن دان كرجاي زيلينسكاي سسواتو يڠ بياسا، بربنديڠ ڤميمڤين انتارابڠسا لاين دان دي سوده مڠهادڤي سيري كريسيس يڠ كليهاتنڽ تيدق بركسودهن سجق ممڬڠ جاوتن.

Zelensky, sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, juga lulusan dari Universiti Ekonomi Kebangsaan Kyiv pada 2000 dalam bidang ijazah undang-undang, namun dia memutuskan untuk meneruskan kerjaya yang berbeza.

زيلينسكاي، سوده بركهوين دان ممڤوڽاءي دوا انق، جوڬ لولوسن دري اونيۏرسيتي ايكونومي كبڠسأن قييۏ ڤد 2000 دالم بيدڠ اجازه اوندڠ-اوندڠ، نامون دي مموتوسكن اونتوق منروسكن كرجاي يڠ بربيذا.

Beliau membentuk kumpulan komedi Kvartal 95 dengan beberapa pelakon lain pada 1997 dan pada 2003, kumpulan itu mula menghasilkan program televisyen.

بلياو ممبنتوق كومڤولن كوميدي قۏرتل 95 دڠن ببراڤ ڤلاكون لاين ڤد 1997 دان ڤد 2003، كومڤولن ايت مولا مڠحاصيلكن ڤروڬرام تيليۏيشين.

Pada 2015, Zelensky mula membintangi peranan yang akan meletakkannya di laluan ke jawatan presiden.

ڤد 2015، زيلينسكاي مولا ممبينتڠي ڤرانن يڠ اكن ملتقكنڽ د لالوان ك جاوتن ڤريسيدن.

Dalam rancangan 'Servant Of the People', beliau melakonkan watak Vasyl Petrovych Holoborodko, seorang guru sekolah yang bangkit mengkritik ahli politik yang korup sehingga menjadi tular dan melonjakkannya ke jawatan presiden.

دالم رانچڠن ءسرۏنت اوف تيه ڤاوڤليء، بلياو ملاكونكن واتق ۏشل ڤيتروۏيچه هولوبورودكو، سأورڠ ڬورو سكوله يڠ بڠكيت مڠكريتيك اهلي ڤوليتيك يڠ كوروڤ سهيڠڬ منجادي تولر دان ملونجقكنڽ ك جاوتن ڤريسيدن.

Rancangan itu begitu popular sehingga menyebabkan Kvartal 95 mewujudkan sebuah parti politik atas namanya.

رانچڠن ايت بڬيتو ڤوڤولر سهيڠڬ مڽببكن قۏرتل 95 موجودكن سبواه ڤرتي ڤوليتيك اتس نامڽ.

Pada 2018, Zelensky secara tiba-tiba beralih ke politik sebenar dan mengumumkan pencalonannya sebagai presiden di bawah parti Servant Of the People.

ڤد 2018، زيلينسكاي سچارا تيبا-تيبا براليه ك ڤوليتيك سبنر دان مڠومومكن ڤنچلوننڽ سباڬاي ڤريسيدن د باوه ڤرتي سرۏنت اوف تيه ڤاوڤلي.

Zelensky menggunakan media sosial untuk mempromosikan kempen dan platformnya.

زيلينسكاي مڠڬوناكن ميديا سوسيال اونتوق ممڤروموسيكن كيمڤين دان ڤلاتفورمڽ.

Sikapnya serupa dengan watak dalam televisyen kerana beliau berikrar untuk membanteras rasuah dan mempromosikan pentadbiran yang lebih berpusat.

سيكڤڽ سروڤا دڠن واتق دالم تيليۏيشين كران بلياو براقرار اونتوق ممبنترس رسواه دان ممڤروموسيكن ڤينتادبيران يڠ لبيه برڤوست.

Beliau terus memenangi pilihan raya secara besar-besaran, mengambil alih 73 peratus undi, selepas berjalan di atas platformnya untuk menamatkan perang dengan Russia dan proksi pemisahnya di timur Ukraine.

بلياو تروس ممنڠي ڤيليهن راي سچارا بسر-بسرن، مڠمبيل اليه 73 ڤراتوس اوندي، سلڤس برجالن د اتس ڤلاتفورمڽ اونتوق منمتكن ڤراڠ دڠن روسسيا دان ڤروك سا ڤميسهڽ د تيمور أوكرانيا.

Beliau dilantik pada Mei 2019. Dua bulan kemudian, Zelensky terjerat dalam skandal besar Amerika Syarikat (AS) membabitkan Presiden Donald Trump ketika itu.

بلياو دلانتيق ڤد مي 2019. دوا بولن كمودين، زيلينسكاي ترجرت دالم سكندل بسر اميريك شريكت ﴿اس﴾ ممبابيتكن ڤريسيدن دونلد ترومڤ كتيك ايت.

Berita muncul bahawa Trump sudah menghubungi Zelensky dan mendesaknya untuk bekerjasama dengan Rudy Giuliani dan Peguam Negara ketika itu, William Barr untuk menyiasat Joe Biden, yang ketika itu bertanding menentang Trump dalam pilihan raya presiden, dan anaknya Hunter.

بريتا مونچول بهاوا ترومڤ سوده مڠهوبوڠي زيلينسكاي دان مندسقڽ اونتوق بكرجاسام دڠن رودي ڬياولياني دان ڤڬوام نڬارا كتيك ايت، ويلليام برر اونتوق مڽياسات جواي بيدين، يڠ كتيك ايت برتنديڠ مننتڠ ترومڤ دالم ڤيليهن راي ڤريسيدن، دان انقڽ هونتر.

Trump membekukan AS$400 juta (RM1.68 bilion) dalam bentuk bantuan kongres kepada Ukraine apabila pegawai Ukraine tidak mematuhinya.

ترومڤ ممبكوكن اس$400 جوت ﴿رم1.68 بيلياون﴾ دالم بنتوق بنتوان كوڠريس كڤد أوكرانيا اڤابيلا ڤڬاواي أوكرانيا تيدق مماتوهيڽ.

Trump menafikan sebarang salah laku, berulang kali mengatakan ia adalah 'panggilan yang baik', namun siasatan kongres membawa kepada pemecatan Trump pada akhir tahun itu, sebelum meninggalkan Dewan Negara pada Februari 2020.

ترومڤ منافيكن سبارڠ ساله لاكو، برولڠ كالي مڠاتكن اي اداله ءڤڠڬيلن يڠ باءيقء، نامون سياستن كوڠريس ممباوا كڤد ڤمچتن ترومڤ ڤد اخير تاهون ايت، سبلوم منيڠڬلكن ديوان نڬارا ڤد فيبرواري 2020.

Zelensky mempunyai hubungan yang lebih baik dengan Biden, sejak mengambil alih jawatan presiden dan melawat Rumah Putih tahun lalu.

زيلينسكاي ممڤوڽاءي هوبوڠن يڠ لبيه باءيق دڠن بيدين، سجق مڠمبيل اليه جاوتن ڤريسيدن دان ملاوات رومه ڤوتيه تاهون لالو.

Zelensky memimpin negaranya ketika COVID-19. Beliau diuji positif COVID-19 pada November dan dimasukkan ke hospital selama tiga hari.

زيلينسكاي مميمڤين نڬاراڽ كتيك چوۏيد-19. بلياو داوجي ڤوسيتيف چوۏيد-19 ڤد نوۏيمبر دان دماسوقكن ك هوسڤيتل سلاما تيڬ هاري.

Beliau datang ke pejabat dan berjanji untuk mencari jalan menyelesaikan konflik lapan tahun di timur Ukraine dengan puak pemisah yang dikawal Russia di sana.

بلياو داتڠ ك ڤجابت دان برجنجي اونتوق منچاري جالن مڽلساءيكن كونفليك لاڤن تاهون د تيمور أوكرانيا دڠن ڤواق ڤميسه يڠ دكاول روسسيا د سان.

Beliau pada mulanya cuba untuk terbabit dengan Putin secara diplomatik, namun dilayan dengan dingin oleh pemimpin Russia itu.

بلياو ڤد مولاڽ چوبا اونتوق تربابيت دڠن ڤوتين سچارا ديڤلوماتيق، نامون دلاين دڠن ديڠين اوليه ڤميمڤين روسسيا ايت.

Pada tahun lalu, di bawah tekanan politik ketika krisis COVID-19, Zelensky mengambil tindakan yang lebih keras terhadap puak politik pro-Russia di Ukraine, termasuk Viktor Medvedchuk, yang dikenali sebagai orang Putin di Ukraine.

ڤد تاهون لالو، د باوه تكنن ڤوليتيك كتيك كريسيس چوۏيد-19، زيلينسكاي مڠمبيل تيندقن يڠ لبيه كراس ترهادڤ ڤواق ڤوليتيك ڤرو-روسسيا د أوكرانيا، ترماسوق ۏيكتور مدۏيدچوق، يڠ دكنلي سباڬاي اورڠ ڤوتين د أوكرانيا.

Pembentukan ketenteraan Russia menentang Ukraine bermula pada masa yang sama ketika Zelensky bertindak untuk menyekat Medvedchuk dan stesen TV yang dikaitkan dengannya.

ڤمبنتوقن كتنترأن روسسيا مننتڠ أوكرانيا برمولا ڤد ماس يڠ سام كتيك زيلينسكاي برتيندق اونتوق مڽكت مدۏيدچوق دان ستيسين تۏ يڠ دكايتكن دڠنڽ.

Beliau menafikan semua dakwaan Putin dan pemisah yang dikuasai Russia bahawa beliau yang mencetuskan perang dan membuat rayuan berapi-api dalam bahasa Russia pada 23 Februari supaya rakyat negara itu menolak pencerobohan itu.

بلياو منافيكن سموا دعوأن ڤوتين دان ڤميسه يڠ دكواساا روسسيا بهاوا بلياو يڠ منچتوسكن ڤراڠ دان ممبوات رايوان براڤي-اڤي دالم بهاس روسسيا ڤد 23 فيبرواري سوڤاي رعيت نڬارا ايت منولق ڤينچيروبوهن ايت.

"Kami tidak memerlukan peperangan. Bukan yang dingin, bukan yang panas, mahupun yang hibrid," kata Zelensky ketika ucapannya.

"كامي تيدق ممرلوكن ڤڤراڠن. بوكن يڠ ديڠين، بوكن يڠ ڤانس، ماهوڤون يڠ هيبريد،" كات زيلينسكاي كتيك اوچاڤنڽ.

Putin mendakwa operasi ketenteraannya di Ukraine sebahagiannya bertujuan untuk 'menyahkan-Nazi' dari negara itu, memainkan naratif palsu bahawa ahli politik yang berhaluan barat bersimpati kepada fasisme.

ڤوتين مندعوا اوڤراسي كتنترأنڽ د أوكرانيا سباهاڬينڽ برتوجوان اونتوق ءمڽهكن-نازيء دري نڬارا ايت، مماءينكن ناراتيف ڤلسو بهاوا اهلي ڤوليتيك يڠ برهلوان بارت برسيمڤاتي كڤد فاسيسمى.

Zelensky adalah seorang Yahudi dan tiga bapa saudaranya dibunuh dalam peristiwa Holocaust.

زيلينسكاي اداله سأورڠ يهودي دان تيڬ باڤ ساوداراڽ دبونوه دالم ڤريستيوا هولوچاوست.

Zelensky buat masa ini berkata akan kekal di Kyiv dan terus menghantar video ketika pencerobohan itu.

زيلينسكاي بوات ماس اين بركات اكن ككال د قييۏ دان تروس مڠهانتر ۏيدياو كتيك ڤينچيروبوهن ايت.

Ketika ucapannya pada Rabu, Zelensky merayu kepada Russia untuk membina perdamaian, mengatakan kepemimpinan mereka membawa mereka ke dalam perang yang tidak masuk akal.

كتيك اوچاڤنڽ ڤد رابو، زيلينسكاي مرايو كڤد روسسيا اونتوق ممبينا ڤرداماين، مڠاتكن كڤميمڤينن مريك ممباوا مريك ك دالم ڤراڠ يڠ تيدق ماسوق عقل.

"Saya tahu bahawa TV Russia tidak akan menyiarkan ucapan saya. Namun rakyat Russia perlu melihatnya. Mereka perlu melihat kebenaran. Sebenarnya kamu perlu berhenti sebelum terlambat," katanya.

"ساي تاهو بهاوا تۏ روسسيا تيدق اكن مڽياركن اوچاڤن ساي. نامون رعيت روسسيا ڤرلو مليهتڽ. مريك ڤرلو مليهت كبنرن. سبنرڽ كامو ڤرلو برهنتي سبلوم ترلمبت،" كاتڽ.

Beberapa jam kemudian, serangan peluru berpandu mula mengenai Kyiv. - AGENSI.

ببراڤ جم كمودين، سراڠن ڤلورو برڤندو مولا مڠناءي قييۏ. - اڬينسي.


Sumber: Kenali Presiden Volodymyr Zelensky

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masjid Lautze pilihan mualaf Tionghoa dalami Islam ketika Ramadan

Masjid Lautze pilihan mualaf Tionghoa dalami Islam ketika Ramadan مسجد لاوتزي ڤيليهن موءلف شنغاوا دالمي اسلام كتيك رمضان Masjid Lautze di Jakarta Pusat menjadi pilihan warga Tionghoa yang ingin mendalami syiar Islam kerana berasa selesa dengan komuniti di kawasan itu. مسجد لاوتزي د جاكرتا ڤوست منجادي ڤيليهن ورڬ شنغاوا يڠ ايڠين مندالمي شعار اسلام كران براس سليسا دڠن كومونيتي د كاوسن ايت.

FamilyMart henti jual minuman alkohol sejak Mac

FamilyMart henti jual minuman alkohol sejak Mac فاميليمرت هنتي جوال مينومن الكحول سجق مچ SHAH ALAM – FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 kedainya bagi memberikan keyakinan tambahan kepada para pelanggannya. شه عالم – فاميليمرت مليسيا تله مڠهنتيكن ڤنجوالن مينومن الكحول د سموا 360 كدايڽ باڬي ممبريكن كيقينن تمبهن كڤد ڤارا ڤلڠڬنڽ.