Langkau ke kandungan utama

TNB rancang perbelanjaan modal RM20 bilion untuk tiga tahun

 


TNB rancang perbelanjaan modal RM20 bilion untuk tiga tahun

تنب رانچڠ ڤربلنجأن مودال رم20 بيلياون اونتوق تيڬ تاهون

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) bercadang untuk melabur sekitar RM20 bilion, dengan kelulusan kerajaan, sebagai perbelanjaan modal (capex) dalam tempoh tiga tahun akan datang, demikian kata Ketua Pegawai Kawalselia dan Pengurusan Pemegang Taruh TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman.

كوالا لومڤور: تناڬ ناسيونل برحد ﴿تنب﴾ برچادڠ اونتوق ملابور سكيتر رم20 بيلياون، دڠن كلولوسن كراجأن، سباڬاي ڤربلنجأن مودال ﴿چاڤيايك س﴾ دالم تيمڤوه تيڬ تاهون اكن داتڠ، دمكين كات كتوا ڤڬاواي كاولسليا دان ڤڠوروسن ڤمڬڠ تاروه تنب، داتوق ويرا روسلن اب رحمن.

Beliau berkata, capex itu adalah untuk mengekalkan keselamatan rangkaian dan sistem yang berdaya tahan; memenuhi permintaan pelanggan dan membolehkannya menyokong inisiatif peralihan tenaga kerajaan dalam tempoh berkenaan.

بلياو بركات، چاڤيايك س ايت اداله اونتوق مڠكلكن كسلامتن راڠكين دان سيستم يڠ برداي تاهن; ممنوهي ڤرمينتأن ڤلڠڬن دان ممبوليهكنڽ مڽوكوڠ اينسياتيف ڤراليهن تناڬ كراجأن دالم تيمڤوه بركنأن.

Katanya, langkah kerajaan mengekalkan kaedah Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) membolehkan pelaburan yang secukupnya dibuat dalam sistem pembekalan elektrik bagi Tempoh Kawal Selia (RP3) baharu bermula 2022 hingga 2024.

كاتڽ، لڠكه كراجأن مڠكلكن قاعده كاول سليا براسسكن اينسنتيف ﴿ابر﴾ دان ڤلڤاسن كوس تيدق سإيمبڠ ﴿اچڤت﴾ ممبوليهكن ڤلابورن يڠ سچوكوڤڽ دبوات دالم سيستم ڤمبكلن ايليكتريق باڬي تيمڤوه كاول سليا ﴿رڤ3﴾ بهارو برمولا 2022 هيڠڬ 2024.

Jelasnya, ia bertujuan untuk menjamin bekalan berdaya harap berterusan dinikmati rakyat negara ini.

جلسڽ، اي برتوجوان اونتوق منجامين بكلن برداي هارڤ برتروسن دنعمتي رعيت نڬارا اين.

"Kami merancang untuk membuat pelaburan sekitar RM20 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai capex, dengan kelulusan kerajaan, demi mengekalkan keselamatan rangkaian dan sistem yang berdaya tahan; memenuhi permintaan pelanggan dan membolehkan kami menyokong inisiatif peralihan tenaga kerajaan dalam tempoh berkenaan," katanya dalam satu petikan ringkas hari ini.

"كامي مرنچڠ اونتوق ممبوات ڤلابورن سكيتر رم20 بيلياون دالم تيمڤوه تيڬ تاهون اكن داتڠ سباڬاي چاڤيايك س، دڠن كلولوسن كراجأن، دمي مڠكلكن كسلامتن راڠكين دان سيستم يڠ برداي تاهن; ممنوهي ڤرمينتأن ڤلڠڬن دان ممبوليهكن كامي مڽوكوڠ اينسياتيف ڤراليهن تناڬ كراجأن دالم تيمڤوه بركنأن،" كاتڽ دالم ساتو ڤتيكن ريڠكس هاري اين.

Malaysia telah melaksanakan IBR pada 2014 ke atas sektor perbekalan elektrik agar ia lebih cekap dan kos efektif dan ia dilaksanakan sebahagian daripada Pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI).

مليسيا تله ملقساناكن ابر ڤد 2014 ك اتس سيكتور ڤربكلن ايليكتريق اڬر اي لبيه چكڤ دان كوس ايفيقتيف دان اي دلقسانكن سباهاڬين درڤد ڤمبهارون ايندوستري بكلن ايليكتريق مليسيا ﴿مسي﴾.

IBR yang diperkenalkan Suruhanjaya Tenaga (ST) itu membolehkan pengguna mengetahui bahawa bil elektrik merangkumi komponen seperti penjanaan, penghantaran dan pembahagian.

ابر يڠ دڤركنلكن سوروهنجاي تناڬ ﴿ست﴾ ايت ممبوليهكن ڤڠڬونا مڠتاهوي بهاوا بيل ايليكتريق مرڠكومي كومڤونين سڤرتي ڤنجانان، ڤڠهانترن دان ڤمبهاڬين.

Ia juga bagi memastikan pelanggan dilindungi dan bil yang dikenakan adalah berdasarkan kecekapan kos dan kualiti perkhidmatan serta prestasi sektor perbekalan elektrik dapat dikekalkan.

اي جوڬ باڬي ممستيكن ڤلڠڬن دليندوڠي دان بيل يڠ دكناكن اداله برداسركن كچكڤن كوس دان كواليتي ڤرخدمتن سرتا ڤريستاسي سيكتور ڤربكلن ايليكتريق داڤت دككلكن.

ICPT adalah mekanisme yang diluluskan kerajaan dan dilaksanakan ST sejak 1 Januari 2014 sebagai sebahagian daripada reformasi kawal selia yang lebih luas, iaitu IBR.

اچڤت اداله ميكانيسمى يڠ دلولوسكن كراجأن دان دلقسانكن ست سجق 1 جانواري 2014 سباڬاي سباهاڬين درڤد ريفورماسي كاول سليا يڠ لبيه لواس، ايايت ابر.

Pelaksanaan mekanisme ICPT membolehkan TNB menterjemahkan perubahan dalam kos bahan api dan penjanaan kepada tarif elektrik pengguna setiap enam bulan dan ia dilaksanakan mengikut Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015.

ڤلقسانأن ميكانيسمى اچڤت ممبوليهكن تنب منترجمهكن ڤروبهن دالم كوس باهن اڤي دان ڤنجانان كڤد تاريف ايليكتريق ڤڠڬونا ستياڤ انم بولن دان اي دلقسانكن مڠيكوت سيكشن 26 اكتا بكلن ايليكتريق ﴿ڤيندأن﴾ 2015.

Pada hujung bulan lalu, kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna domestik di Semenanjung, bagi tempoh bermula 1 Februari ini hingga 31 Disember 2024.

ڤد هوجوڠ بولن لالو، كراجأن مڠكلكن قدر تاريف ايليكتريق سماس باڬي ڤڠڬونا دوميستيك د سمننجوڠ، باڬي تيمڤوه برمولا 1 فيبرواري اين هيڠڬ 31 دسيمبر 2024.

ST memaklumkan keputusan pengekalan dibuat meskipun berlaku peningkatan kos bahan api dan kos penjanaan lain, sebanyak RM1.67 bilion antara 1 Julai hingga 31 Disember tahun lalu, akibat kenaikan harga arang batu yang tinggi di pasaran hingga mencecah AS$200 satu tan.

ست ممعلومكن كڤوتوسن ڤڠكلن دبوات مسكيڤون برلاكو ڤنيڠكتن كوس باهن اڤي دان كوس ڤنجانان لاين، سباڽق رم1.67 بيلياون انتارا 1 جولاي هيڠڬ 31 دسيمبر تاهون لالو، عقيبة كناءيقن هرڬ ارڠ باتو يڠ تيڠڬي د ڤاسرن هيڠڬ منچچه اس$200 ساتو تن.

Bagi mengekalkan kadar tarif berkenaan, ia berkata, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM715 juta untuk menanggung kos berkaitan.

باڬي مڠكلكن قدر تاريف بركنأن، اي بركات، كراجأن ممڤرونتوقكن دانا سباڽق رم715 جوت اونتوق منڠڬوڠ كوس بركاءيتن.

Di bawah mekanisme ICPT yang disemak setiap enam bulan, kerajaan memutuskan supaya bagi tempoh 1 Februari hingga 30 Jun 2022, pelaksanaan pelarasan tarif elektrik membabitkan pemberian rebat dua sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan, sementara bagi semua pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri, surcaj 3.70 sen/kWj dikenakan dalam tempoh itu.

د باوه ميكانيسمى اچڤت يڠ دسمق ستياڤ انم بولن، كراجأن مموتوسكن سوڤاي باڬي تيمڤوه 1 فيبرواري هيڠڬ 30 جون 2022، ڤلقسانأن ڤلاراسن تاريف ايليكتريق ممبابيتكن ڤمبرين ربت دوا سين/قوج دككلكن كڤد سموا ڤڠڬونا دوميستيك دان تياد سورچج دكناكن، سمنتارا باڬي سموا ڤڠڬونا بوكن دوميستيك سڤرتي كومرسيال دان ايندوستري، سورچج 3.70 سين/قوج دكناكن دالم تيمڤوه ايت.


Sumber: TNB rancang perbelanjaan modal RM20 bilion untuk tiga tahun

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Presiden Volodymyr Zelensky

  Kenali Presiden Volodymyr Zelensky كنالي ڤريسيدن ۏولوديماير زيلينسكاي KYIV: Sehingga pemilihan mengejutnya pada 2019, Volodymyr Zelensky memainkan watak sebagai presiden di televisyen. قييۏ: سهيڠڬ ڤميليهن مڠجوتڽ ڤد 2019، ۏولوديماير زيلينسكاي مماءينكن واتق سباڬاي ڤريسيدن د تيليۏيشين.

Kreatif didik kanak-kanak dedahkan mengenai pembentukan Malaysia

Kreatif didik kanak-kanak dedahkan mengenai pembentukan Malaysia كرياتيف ديديق كانق-كانق ددهكن مڠناءي ڤمبنتوقن مليسيا KEPALA BATAS: Pusat pendidikan awal kanak-kanak turut berperanan penting dalam menerapkan penghayatan Hari Malaysia khususnya perasaan menghargai perbezaan dan keunikan tersendiri setiap negeri di negara ini. كڤالا باتس: ڤوست ڤنديديقن اول كانق-كانق توروت برڤرانن ڤنتيڠ دالم منراڤكن ڤڠحياتن هاري مليسيا خصوصڽ ڤراسان مڠهرڬاي ڤربيذأن دان كاونيكن ترسنديري ستياڤ نڬري د نڬارا اين.

FamilyMart henti jual minuman alkohol sejak Mac

FamilyMart henti jual minuman alkohol sejak Mac فاميليمرت هنتي جوال مينومن الكحول سجق مچ SHAH ALAM – FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 kedainya bagi memberikan keyakinan tambahan kepada para pelanggannya. شه عالم – فاميليمرت مليسيا تله مڠهنتيكن ڤنجوالن مينومن الكحول د سموا 360 كدايڽ باڬي ممبريكن كيقينن تمبهن كڤد ڤارا ڤلڠڬنڽ.